| 03/07/2011 10:26 am |
 Moderator Administrator Forum Addict

Regist.: 03/03/2011 Topics: 40 Posts: 10
 OFFLINE | السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته
AHLAN WA SAHLAN! kepada anda yang baru menyertai forum ini. Tujuan forum ini diwujudkan adalah untuk :
1- Menjadi medium perkongsian maklumat, dan perbincangan ilmiah sesama muslim secara lebih kemas dan tersusun.
2- Menjadi rangkaian hubungan kepada group facebook.
3- Menjalin ukhwah silaturrahim sesama ahli.
SYARAT & PERATURAN :
1- NIAT YANG BAIK serta POSTING YANG BERMANFAAT.
2- Bagi meramaikan lagi ahli, setiap ahli diminta luangkan sedikit masa untuk menjemput rakan facebook masing² dengan klik tab 'Invite Friends' di atas.
3- HINDARI dari perkataan yang KASAR, MENGEJEK, MENYAKITKAN PERASAAN ORANG LAIN, MEMANDANG RENDAH BICARA ORANG LAIN, MENEGUR DIKHALAYAK RAMAI dan yang seumpama dengannya. Berbicaralah sebagai seorang muslim dan muslimah yang sejati.
4- DILARANG sama sekali menyentuh isu POLITIK "KEPARTIAN", BAHAN LUCAH dan seumpama dengannya di dalam group ini.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
"YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DIKASIHI"
8 Mac 2011 / 3 Rabiul Akhir 1432H
GROUP FB : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_134025093332481
BLOG RASMI : http://al-ehsaniah.blogspot.com |
................ “Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu” (HR: Bukhari & Muslim)
:: blogger @ http://al-ehsaniah.blogspot.com ::
|