السلام عليکم ورحمة الله وبرکاته

Bagi rakan-rakan yang baru menyertai group ini diucapkan selamat datang!. Tujuan forum ini diwujudkan adalah untuk :

1- Menjadi medium perkongsian maklumat, dan perbincangan ilmiah sesama muslim

2- Menjadi rangkaian hubungan kepada group facebook.

SYARAT & PERATURAN :

1- Bagi meramaikan lagi ahli, setiap ahli diminta luangkan sedikit masa untuk menambah rakan facebook masing².

2- Admin berhak mengambil segala bahan ilmiah yang dikongsikan untuk dimasukkan di dalam group facebook atau blog.

3- HINDARI dari perkataan yang KASAR, MENGEJEK, MENYAKITKAN PERASAAN ORANG LAIN, MEMANDANG RENDAH BICARA ORANG LAIN, MENEGUR DIKHALAYAK RAMAI dan yang seumpama dengannya. Berbicaralah sebagai seorang muslim dan muslimah yang sejati.

4- DILARANG sama sekali menyentuh isu POLITIK "KEPARTIAN", BAHAN LUCAH dan seumpama dengannya di dalam group ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

”Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

"YANG TUA DIHORMATI, YANG MUDA DIKASIHI"

GROUP FB : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_134025093332481
BLOG RASMI : http://al-ehsaniah.blogspot.com/

8 Mac 2011 / 3 Rabiul Akhir 1432H