Page 1 / 1
Siapakah Orang Yang Muflis
03/13/2011 11:48 pm

Moderator
Senior Member


Regist.: 03/09/2011
Topics: 14
Posts: 9
OFFLINE
Dari Abu Hurairah r.a Meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Tahukah kamu siapakah orang-orang yang muflis itu? Para Sahabat r.a berkata; "Pada kami orang yang muflis ialah orang yang tidak mempunyai wang dan keperluan-keperluan dunianya".

Baginda Rasulullah s.a.w menjawab: Pada umatku Orang-orang yang muflis ialah orang-orang yang datang pada hari kiamat dengan sembahyang,puasa, zakat, dan amalan-amalan makbul yang lain tetapi dia melakukan perbuatan keji terhadap orang lain,memfitnah orang lain,memakan harta orang tanpa kebenaran, menumpahkan darah tanpa hak, memukul orang, maka semua keburukan ini akan dibalasi dengan diambil dengan amalan kebaikannya (dan diberikan kepada orang yang dizalimi).

Dan sekiranya amalan kebaikannya habis sedangkan masih banyak lagi keburukan yang masih belum dibalas, maka akan diambil keburukan orang yang dizalimi, lalu dipikulkan keatasnya. Kemudian dengannya dia akan dicampakkan kedalam api neraka.

(hadith riwayat Muslim)

Posting asal oleh : Mohd Sofee Abd Khoder
Quote   
Page 1 / 1
Login with Facebook to post
Preview