| 03/07/2011 5:17 pm |
 Moderator Administrator Forum Addict

Regist.: 03/03/2011 Topics: 40 Posts: 10
 OFFLINE |
Kategori : Group
Pautan : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_150017838388564
Website/Blog : -
Description :
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segenap puji dan syukur di untukkan bagi Allah 'Azza wa jalla, kerana dengan taufiq dan i'nayah-Nya jualah usaha dan idea ini dapat di ilhamkan dalam memperjuangkan Agama Allah dan menyatukan perjuangan bangsa, dapat kita laksanakan bersama bagi memantapkan lagi Aqidah dan perpaduan Ummah. Marilah kita bersama di dalam goup ini membincangkan dan memperkatakan sesuatu perkara yang bermanfaat seperti isu Agama, Politik, Ekonomi serta isu-isu semasa dan juga isu-isu kehidupan. Elakkanlah dari memperkatakan sesutu perkara yang sia-sia (Laghwun). Dan jauhkanlah dari mengumpat, memfitnah, mencaci dan mengeji sesama kita. Perjuangkanlah Kebenaran dengan cara Islam. Istiqamah perjuangan kita hanya pada Kebenaran yang berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah. Marilah kita bersama menyeru ke arah kebaikkan, kemantapan Aqidah serta ke arah penyatuan dan perpaduan Ummah. Sentiasalah kita berpesan-pesan pada Kebenaran dan berpesan dengan kesabaran. Marilah kita bersatu demi Allah dan RasulNya, demi bangsa dan tanahair.......Semoga perjuangan kita sentiasa di berkati dan di rahmati Allah SWT, serta sentiasa di beri petunjukNya ke jalan yang benar dan lurus, jalan yang di redhaiNya..... |
................ “Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu” (HR: Bukhari & Muslim)
:: blogger @ http://al-ehsaniah.blogspot.com ::
|