FORUM BICARA MUSLIM > INTERNET DAN FACEBOOK > Group FB
Melayu Islam Bersatu (MIB)
Page 1 / 1
Melayu Islam Bersatu (MIB)
03/07/2011 1:58 pm

Moderator
Administrator
Forum Addict


Regist.: 03/03/2011
Topics: 40
Posts: 10
OFFLINE

Kategori : Group
Pautan : http://www.facebook.com/home.php?sk=group_129337457128766
Blog : http://unitedmalaymuslim.blogspot.com

VISI : Membina Perpaduan Islam Dan Perpaduan Melayu. Melayu Islam Bersatu Sebagai Kumpulan Yang Unggul, Cemerlang, Terbilang Di Dunia Dan Sejahtera Di Akhirat  

MISI : Islam Sebagai Pegangan Hidup Bersendikan Al-Quran Dan Sunnah. Melayu Islam Bersatu Sebagai Wadah Perjuangan Untuk Perpaduan

Prinsip-prinsip Asas Perpaduan Melayu Islam Bersatu:

1. Mempromosikan budaya perpaduan berasaskan persaudaraan Islam dengan nilai- nilai   murni yg dikongsi bersama.

2. Memartabatkan Islamisasi Ilmu (Islamization of Knowledge) yang bersifat sejagat.

3. Menggilap modal insan termasuk penekanan atas pendidikan sebagai pemangkin perpaduan Melayu Islam.

4. Menjaga kesantunan, adab tertib pergaulan dan berinteraksi.

5. Menegur dengan cara berhemah dengan tidak menimbulkan suasana tegang yg boleh mencetuskan perbalahan.

6. Mengelak daripada membangkitkan isu-isu yang mengelirukan dan menimbulkan kontroversi.

7. Mengembalikan sinar Islam dengan memupuk iman dan takwa sebagai benteng pertahanan bangsa Melayu sebagai ummah .

8. Membina benteng pertahanan persaudaraan yang kuat dengan memupuk semangat ukhuwah Islamiah.

9. Memperkasa budaya rukun dan damai, berdiskusi secara matang, bersikap rasional dan positif, bertolak ansur, dan saling hormat-menghormati dalam perkongsian ilmu yang bersifat idea, hujahan, saranan, pandangan, dan gagasan.

10. Menyuntik semangat tolong-menolong dan saling bantu-membantu antara individu dan berkumpulan dalam merealisasikan perkongsian ilmu dengan mengorak langkah melaksanakan di alam realiti demi kemajuan bangsa dan agama.

11. Mempertahankan hak-hak dan kepentingan Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan dan undang-undang negara

12. Mempertahankan maruah,institusi dan integriti bangsa Melayu semada berbentuk retorik atau institiusi sebagai ruh perjuangan bergenerasi

Draf Utama: oleh Anita Morah Abas dan penambaikan Melayu Islam Bersatu

NOTA: Sila kemukakan cadangan sekiranya boleh diterima sebagai penambaikan
................
“Beribadahlah kamu seakan-akan kamu melihat Allah. Jika kamu tidak sampai kepada upaya itu, maka sekurang-kurangnya rasakanlah yang Allah itu melihat kamu” (HR: Bukhari & Muslim)

:: blogger @ http://al-ehsaniah.blogspot.com ::
Quote   
Page 1 / 1
Login with Facebook to post
Preview