A) Pendaftaran sebagai ahli adalah diwajibkan jika ingin mengirim posting ke forum ini.

B) Posting yang dihantar mestilah berkaitan dengan isu sesuatu tajuk forum. Ahli-ahli mestilah membaca segala penerangan dan syarat-syarat forum sebelum melakukan posting. Mana-mana ahli yang secara berterusan menghantar posting ke forum yang tidak berkaitan akan diberi amaran. Pihak Admin berhak untuk memindahkan mana-mana tajuk posting ke forum yang betul.

C) Pengunjung yang telah berdaftar sebagai ahli forum perlu menghormati sesama ahli. Mana-mana ahli yang didapati menyalahgunakan kemudahan forum atau menyakiti ahli-ahli lain tidak akan dimaafkan dan akan diberi amaran keras.

D) Ahli-ahli yang berdaftar dilarang untuk 'berlagak' atau menyamar sebagai Modurator Forum kecuali dengan keizinan Pihak Admin.

E) Ahli-ahli yang berdaftar hendaklah maklum bahawa forum ini terbuka sebagai forum umum. Mana-mana ahli yang menghantar posting yang mengandungi kandungan samada berupa kata-kata ucapan, imej atau pautan yang menghasut dan membawa unsur-unsur berbahaya akan diberi amaran dan dikeluarkan dari menjadi ahli forum.

F) Setiap ahli hendaklah maklum dan faham berkenaan dengan isu hakcipta. Mana-mana bahan yang hendak dipostkan ke forum ini sewajarnya mendapat keizinan dari pemiliknya.

G) Setiap ahli hendaklah menghormati keselesaan ahli-ahli lain di forum ini. Oleh itu setiap posting yang dibuat sewajarnya menggunakan 'bentuk tulisan' biasa yang tidak terlalu 'fancy' atau mengelirukan ahli-ahli lain. Setiap ahli tidak patut menengking sesama ahli dan mencetuskan pergaduhan dan salah faham.

I) Setiap ahli hendaklah menggunakan tajuk yang betul dan sesuai pada setiap posting. Setiap tajuk yang dimulakan pula hendaklah sesuai dengan kategori forum yang disediakan. Pihak admin berhak memadam atau memindahkan mana-mana tajuk ke bawah forum atau subforum yang sesuai dan berkaitan dengan isu yang dibincangkan.

J) Spam adalah tidak dibenarkan sama sekali dalam forum ini. Ini termasuklah surat berantai, mengiklankan barangan, menjalankan aktiviti jualan langsung, skim cepat kaya, jualan multi-level dan apa-apa yang seumpama dengannya tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran dari pihak Admin.

K) Pihak Admin berhak pada bila-bila masa mengubahsuai atau memadam mana-mana posting yang difikirkan perlu tanpa terlebih dahlulu memaklumkan kepada ahli yang menghantar posting berkaintan.