| 05/26/2011 8:14 pm |
 Moderator Administrator Senior Member

Regist.: 05/26/2011 Topics: 11 Posts: 15
 OFFLINE |
2011/05/27
SAYA sebagai kakitangan awam tidak bersetuju dengan saranan Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman agar usia bersara wajib penjawat awam dilanjutkan lagi daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Pendapat beliau kadangkala 'menghiburkan hati' penjawat awam yang diwakilinya, tidak kurang yang menjengkelkan dengan idea yang hanya indah dalam bentuk angan-angan tetapi mengarut jika dijadikan kenyataan.
Asalnya usia bersara wajib penjawat awam 55 tahun, kemudian ditambah setahun lagi menjadi 56 tahun dan terakhir dipanjangkan pula menjadi 58 tahun mulai 2007. Kini mahu dilanjutkan pula sehingga usia 60 tahun. Faktor mentaliti, kualiti kerja dan komitmen terhadap tugas dalam kalangan penjawat awam di Malaysia sebenarnya masih jauh daripada menyamai tahap pemikiran dan keupayaan yang dimiliki negara maju, walaupun CUEPACS cuba menafikannya. Bayangkan, kakitangan awam yang baru mencecah usia 45 tahun hingga 50 tahun sudah banyak yang menjadi ‘pelupa’, ‘merasa diri sudah amat tua’ dan ‘menjadi perlahan dalam serba-serbi’. Belum diambil kira golongan yang dihinggapi pelbagai penyakit dalam kalangan rakyat Malaysia seperti darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, lemah tulang, sakit jantung dan sebagainya tatkala usia semakin menghampiri 50 tahun.
Apakah tuntutan itu semata-mata bersandarkan kepada alasan untuk melapangkan sedikit sumber kewangan penjawat awam yang rata-rata banyak menanggung beban hutang seperti hutang rumah, kenderaan, pendidikan anak, insurans kesihatan dan kemalangan dengan memanjangkan lagi tempoh perkhidmatan mereka sekali gus memanjangkan juga tempoh bayaran balik hutang berkenaan.
Bagaimana dengan generasi muda yang baru hendak mencari penghidupan? Perlukah mereka menunggu sehingga ‘orang lama’ yang sudah lelah ini meninggal dunia baru peluang kerja akan terbuka untuk mereka.
Banyak perkara lain yang perlu difokuskan oleh CUEPACS, bukan tuntutan untuk melanjutkan usia bersara wajib sehingga 60 tahun. Jika ini dipenuhi, apakah beberapa tahun akan datang akan diminta untuk dilanjutkan sehingga 65 tahun pula?
WAN ZAFFIZZ WAN MUHAMMAD,
Taman Greenwood, Gombak.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TaksetujusyorCUEPACSbersarapadausia60tahun/Article
aku mmg sokong!!!!
 |
................ http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/30903_103266479720702_100001120519566_31109_6957920_n.jpg
Terbaek Dari Ladang!
|
| 05/27/2011 7:09 am |
 NEWBIE

Regist.: 05/26/2011 Topics: 0 Posts: 6
 OFFLINE | aku pun sokong bro.. biarla nafas baru pulak
|
|
|
| 05/27/2011 10:22 pm |
 Moderator Administrator Senior Member

Regist.: 05/26/2011 Topics: 11 Posts: 15
 OFFLINE | kalau kat tempat lama aku dulu, bosan giler tgk penjawat awam yg berumur 50 tahun ke atas ni. Keja dah x semangat, buat alakadar, pelupa, pemalas, kuat tido, dan mcm2 lagi laa.. dia mendapat kebebasan utk buat apa saja sebab junior2 bawah dia semua hormat kat dia memandangkan dia ni dah otai. patutnya pencen sampai 50 dah ler.. mcm la rakyat malaysia ni sihat sangat nak keje sampai ke tua..  |
................ http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/30903_103266479720702_100001120519566_31109_6957920_n.jpg
Terbaek Dari Ladang!
|
| 05/28/2011 1:44 am |
 Moderator NEWBIE

Regist.: 05/26/2011 Topics: 0 Posts: 3
 OFFLINE | endak sokong kynkan org yg dkt2 pencen dtg p/card aja pagi lpas dah ke alam gaib ptg plak baru timbul |
................ serba sedikit tntg diri ku >>>>Bvlgari Man
Aku merupakan ex pltih KKABR bacth jan 2008 - dec 2009
skrg berkhidmat di pej kesihtan kawasan tawau bwh PKD Kunak
Unit denggi,malaria,cdc
|
| 05/28/2011 3:22 am |
 Moderator Administrator Senior Member

Regist.: 05/26/2011 Topics: 11 Posts: 15
 OFFLINE | fenomena camtu biasa jadi kat bahagian2 pentadbiran.. |
................ http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/30903_103266479720702_100001120519566_31109_6957920_n.jpg
Terbaek Dari Ladang!
|
| 05/28/2011 6:36 am |
 NEWBIE

Regist.: 05/26/2011 Topics: 0 Posts: 3
 OFFLINE | pada pendapat ak la alsanya:
yg gaji tinggi akn dapat gaji bulan2 xpa buat sebatang haram pom keje.. kira cam mkn gaji buta ar... nk wat keje ape lg lau umor da 60??? pe kate p dekat2 kn diri dgn masji der...xper lu la sume tu, cukup la ngen ketetapan yg ada..'
|
|
|
| 05/28/2011 7:04 am |
 Moderator Administrator Senior Member

Regist.: 05/26/2011 Topics: 11 Posts: 15
 OFFLINE | Originally Posted by Luqman Al Saqif: pada pendapat ak la alsanya:
yg gaji tinggi akn dapat gaji bulan2 xpa buat sebatang haram pom keje.. kira cam mkn gaji buta ar... nk wat keje ape lg lau umor da 60??? pe kate p dekat2 kn diri dgn masji der...xper lu la sume tu, cukup la ngen ketetapan yg ada..'
hahaha.. terbaik bro!  pandangan yg penuh sinis lagi mendalam maksudnya tu.. huhu.. aku pun heran knp la yg dorg sibuk sgt nak fight keje sampai umur 60 tu.. aku masih lagi cari respon cuepacs berkenaan dgn surat di atas.. x jumpa lagi.. nak beri respon pon amik masa yg lama.. |
................ http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/30903_103266479720702_100001120519566_31109_6957920_n.jpg
Terbaek Dari Ladang!
|
| 05/28/2011 7:57 am |
 NEWBIE

Regist.: 05/28/2011 Topics: 1 Posts: 2
 OFFLINE | lama biarkan brerlalu...yang baru akan menyanbung perjuangan |
|
|
| 05/28/2011 12:31 pm |
 NEWBIE

Regist.: 05/28/2011 Topics: 0 Posts: 1
 OFFLINE | tak semua mcm tu... mcm kat tempat saya ada yg umur dekat 70 masih bekerja.. di ambil sebagai pekerja kontrak. masih lg berintegrasi dlm kejenya... di tempat sya mereka lebih pentingkn pengalaman dan ilmu yg seseorg tu ada... dalam isu ini, ape2 pun terpulang pada individu tu sendiri.. klu dia berintegrasi slm kerja dia even umur 80 tahun pun dia masih lg boleh bekerja...
|
|
|
| 06/01/2011 6:36 am |
 Moderator Administrator Senior Member

Regist.: 05/26/2011 Topics: 11 Posts: 15
 OFFLINE | Originally Posted by Khairul Asuad: tak semua mcm tu... mcm kat tempat saya ada yg umur dekat 70 masih bekerja.. di ambil sebagai pekerja kontrak. masih lg berintegrasi dlm kejenya... di tempat sya mereka lebih pentingkn pengalaman dan ilmu yg seseorg tu ada... dalam isu ini, ape2 pun terpulang pada individu tu sendiri.. klu dia berintegrasi slm kerja dia even umur 80 tahun pun dia masih lg boleh bekerja...
saya rasa, peratusan yg benar2 berintegriti dalam tugas adalah amat kecil berbanding yg datang punchcard pastu gi melepak kat luar minum berjam2.. itulah senior.. |
................ http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/30903_103266479720702_100001120519566_31109_6957920_n.jpg
Terbaek Dari Ladang!
|