| 04/25/2013 1:56 am |
 Administrator Junior Member

Regist.: 02/27/2013 Topics: 3 Posts: 4
 OFFLINE | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan Radio Amatur (RAE) siri kedua bagi tahun 2013 sebagai memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000.
Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
- Warganegara atau Penduduk Tetap Malaysia. (Bagi bukan warganegara, sila rujuk manamana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui Sistem Pengurusan Peperiksaan SKMM (SEMS) di http://sems.skmm.gov.my atau pautan dari laman sesawang rasmi SKMM www.skmm.gov.my
  |
|
|