| 05/31/2011 8:40 pm |
 Moderator Administrator Senior Member

Regist.: 05/26/2011 Topics: 11 Posts: 15
 OFFLINE | Dua kesatuan wakili staf dakwa semakan terakhir dibuat 10 tahun lalu
KUALA LUMPUR: Dua kesatuan mewakili warga pendidik dan kakitangan akademik Universiti Teknologi Mara (UiTM) meminta universiti itu menyemak semula skim gaji pensyarah UiTM yang didakwa sudah lebih 10 tahun tidak disemak.
Persatuan Akademik UiTM (UTiMAS) dan Kesatuan Kakitangan Akademik UiTM (MITASA), berkata kebajikan dan maruah kakitangan akademik UiTM perlu dibela dan dimartabatkan kembali di persada yang membanggakan selaras dengan khidmat bakti mereka.
“Golongan akademik UiTM pemangkin kecemerlangan akademik universiti demi menjaga kepentingan dan usaha murni kerajaan Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) iaitu program khas UiTM untuk membantu pelajar miskin.
“Kakitangan akademik tonggak kepada universiti. Amanah dan tanggungjawab yang dipikul mereka memerlukan komitmen dan usaha tinggi bagi merealisasikan hasrat bangsa dan negara tercinta,” katanya bersama dalam kenyataan di sini, semalam.
Mereka berkata, bengkel pemurnian semakan skim perkhidmatan pensyarah UiTM yang dianjurkan mereka minggu lalu, di Melaka mencapai beberapa keputusan bagi memartabatkan kembali kedudukan kakitangan akademik universiti itu.
Katanya, bagi memantapkan kembali kecemerlangan akademik pelajar, tindakan segera perlu diambil seperti skim perkhidmatan dan proses kenaikan pangkat ahli akademik perlu disemak semula untuk penambahbaikan.
“Pensyarah kategori DM41 dan DM45 yang sudah lama berkhidmat perlu diberi peluang kenaikan pangkat dengan segera, selain sumbangan golongan akademik dalam mendidik anak bangsa ke persada antarabangsa wajib diberi perhatian dan ganjaran yang setimpal,” katanya.
Mereka berkata, pengurusan UiTM perlu memberi perhatian serius kepada perkara itu serta tidak mengabaikan kebajikan golongan pendidik.
“Sudah tiba masanya kerajaan dan pihak pengurusan melihat kembali kedudukan kakitangan akademik UiTM bagi mengelakkan wujudnya rasa tidak puas hati kakitangan akademik terhadap pihak universiti dan kerajaan,” katanya.
amboi... dorg gaji dah beribu2 pun masih x puas hati lagi.. bagilah kami yg bergaji rendah ni naik dulu.. adehhh...
 |
................ http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/30903_103266479720702_100001120519566_31109_6957920_n.jpg
Terbaek Dari Ladang!
|