Tutorial ini akan menunjukkan bagaimana nak memanipulasikan teknik Clipping Mask untuk menghasilkan sesuatu yang menarik. Teknik sangat simple tapi jika anda pandai mengolahnya, banyak style olahan yang boleh dihasilkan.
HASIL:
FOTO ASAL:
TEKSTUR YANG DIGUNAKAN:
Ok. Kita mulakan.
LANGKAH 1:
*Buka satu foto pilihan di dalam Photoshop.
*Lihat dalam panel layer, anda akan lihat layer yang bernama Background.
*
Double-click layer Background tersebut, window New Layer seperti di atas akan terpapar.
*Setkan
Name: Foto. Klik OK.
LANGKAH 2:
*
Open file tekstur (boleh copy dan gunakan file tekstur yang kat atas tu). Anda boleh guna apa-apa jenis imej tekstur.
*
Copy dan pastekan imej tekstur tersebut ke dalam fail foto tadi. Satu layer untuk tekstur akan muncul. Tukarkan nama layer tersebut kepada '
Tekstur'. Rujuk imej di atas.
*Kemudian, tambah satu
layer baru. Klik ikon
add new layer di bahagian bawah panel layer. Namakan layer baru ini kepada '
Brush'. Rujuk imej di atas.
LANGKAH 3:
*Sekarang,
susunkan layer mengikut susunan seperti yang ditunjukkan di atas.
LANGKAH 4:
*
Select layer Foto.
*
Right-click atas layer Foto dan pilih
Clipping Mask.
*Foto anda akan 'hilang'. Tak perlu risau. Ianya cuma tersorok di sebalik Mask.
*Lihat susunan layer. Rujuk imej di atas.
LANGKAH 5:
*Select pula layer
Brush.
*Pilih
Brush Tool (B).
*Kemudian, pilih jenis brush yang menarik. Jika anda mempunyai koleksi brush yang menyerupai stroke painting, sila gunakan.
*Jika tidak, anda boleh menggunakan default brush seperti
Spatter atau
Chalk atau apa sahaja (boleh eksperimen).
*Setkan size brush yang sesuai dan setkan opacity brush pada
50-60%.
LANGKAH 6:
*Setelah brush diset. Perlahan-lahan sapukan secara kreatif brush tersebut di dalam layer '
Brush'.
*Foto yang ter'hilang' tadi akan mula muncul mengikut sapuan brush.
*Lakukan proses ini sehingga anda puas hati dengan paparan foto anda yang berlatarbelakangkan tekstur.
*Jika silap, gunakan
Eraser Tool untuk memadam sapuan brush.
HASIL:
LAIN STAIL:
Itu sahaja. Be creative!