Posting :2
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. Amin..
Alham dulillah hirabbil a’lamin wassola tuwassala mu’ala asyrofil anbia hiwal mursalin wa’ala alihi waashabihi ajmain. bermula Segala puji- puji itu tertentu bagi Allah tuhan seru sekelian alam. Selawat dan salam keatas junjungan besar nabi Muhammad saw. Ahli keluarga baginda serta para sahabat, dan orang-orang yang mengikut akan sunah baginda hingga kehari kiamat.
Bersabda nabi saw, yang bermaksud : “apabila Allah kasihkan seseorang hambanya maka diberinya akan hambanya itu kefahaman tentang rahsia agama.’
Apakah yang terkandung didalam rahsia agama itu. Maka saya bermohon kehadrat Allah saw memohon taufik dan hidayahNya agar dapat saya menghuraikan kefahaman tentang rahsia agama ini. Tidaklah saya memiliki ilmu melainkan ilmu itu adalah hak kepunyaan Allah swt jua.
Ada empat perkara yang terkandung didalam rahsia agama.
1. iman.
2. islam
3. tauhid
4. makrifah.
Empat perkara inilah yang seharusnya kita ketahui dan kita fahami agar kita sentiasa berada didalam landasan agama yang lurus. Tidaklah boleh berpisah keempat- empat perkara ini didalam kehidupan seharian kita. Apa jua yang kita bincangkan atau kita bercerita atau kita mengajar maka adalah empat perkara ini yang terkandung di dalamnya
IMAN
Iman bermaksud percaya. Kepercayaan inilah yang dinamakan akidah. Asas iman itu diatas enam perkara.
1. percaya kepada Allah
2. percaya kepada malaikat
3. percaya kepada kitab
4. percaya kepada nabi dan rasul
5. percaya kepada hari kiamat
6. percaya kepada qadak dan qadar.
Kesemua rukun iman ini kita pelajari melalui ilmu tauhid. Ilmu ini banyak nama nya, diantara lain ilmu usulludin, ilmu sifat dua puluh, ilmu kalam, ilmu aqoidul iman. Apabila kita hendak mempelajari ilmu ini maka terlebih dahulu kita harus mengetahui akan beberapa hukum yang terkandung didalamnya.
1. hukum syarak.
2. hukum akal.
3. hukum adat.
Ada pun hukum syarak itu terbahagi kepada dua.
1. quran.
2. hadis.
Hukum akal terbahagi kepada tiga.
1. wajib akal.
2. mustahil akal.
3. harus akal.
Hukum adat pula dapat kita lihat pada kehidupan seharian kita. Seperti lapar kerana tak makan. Bila makan terasa kenyang. Dan sebagainya.
Quran adalah setinggi- tinggi hukum didalam agama. Apa jua yang terdapat didalam quran adalah bersifat mutawatir. Tidak boleh ditolak secara menyeluruh atau sebahagian. Jika kita menolak quran maka hukumnya adalah kafir. Ada pun ayat –ayat quran ini adalah bersifat ijmal . bagi menghuraikan sesuatu ayat atau tafsiranya maka hadis diperlukan. Hadis adalah hukum yang kedua setelah Quran. Dengan hadis inilah kita membentuk akidah dan melakukan ibadah terhadap Allah swt.
Hukum akal pula terbahagi kepada tiga bahagian. Pertama , wajib akal, kedua mustahil akal, dan yang ketiga harus akal. Akal ini adalah anugerah Allah kepada kita untuk berfikir dan menilai akan buruk dan baik sesuatu perkara.
Didalam satu hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud.
“ awal- awal yang Aku ciptakan ialah akal. Aku perintahkan ia mengadap maka mengadap ia, pergi engkau maka pergi ia’ .
dengan akal inilah kita mengenal Allah berpandukan quran dan hadis.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.facebook.com/pages/Macam-Macam-Ada/201031979913264?sk=app_5058438087