Posting 3
Tiap –tiap individu yang hendak mengenal Allah swt pada sifat kamalatNya ( kesempurnaan ) hendaklah terlebih dahulu mengetahui akan hukum akal dan bahagiannya. kerana akal ini lah yang akan menentukan sama ada sifat itu diterima atau ditolak atau pun memungkinkan ya atau tidaknya sesuatu sifat bagi Allah taala itu. Wajib mengenal Allah , tetapi permulaan bagi wajib kenal itu mengenal akan hukum akal. Akal ini hendaklah ia berpandukan kepada dalil quran dan hadis. Jika mengunakan akal semata –mata tanpa berpandukan quran dan hadis akan rosaklah kehidupan ini. Jika tidak sempurna akal tidaklah berguna quran dan hadis. Ini bermakna ketiga –tiga perkara , quran , hadis dan akal fikiran yang sempurna hendaklah berjalan dengan serentak baru lah kebahgiaan di dunia dan di akhirat akan dapat dicapai dengan sempurna.
WAJIB AKAL
Wajib akal ini terbahagi kepada dua bahagian.
1. Wajib dharuri . Membawa maksud sesuatu perkara yang tidak sukar untuk difikirkan , ianya diketahui dengan jalan mudah. Sebagai contoh satu tambah satu , jawapannya dua. Perkara ini telah menjadi kelaziman bagi kita , tidak perlu kepada huraian dan perbahasan. Wajib dhururi ini hukumnya fardhu ain bagi tiap – tiap mukhalaf lelaki dan perempuan. Ini adalah pendapat jumhur (sebahagian ) ulama.
2. Wajib nazdari. Membawa maksud sesuatu perkara itu memerlukan huraian dan fikir akal secara mendalam (teperinci ). Juga memerlukan dalil dari quran dan hadis sebagai pengukuhan hujah. Wajib nadzari ini hukumnya fardhu kifayah bagi jumhur ulama, dan sebahgian lagi menghukumkan fardhu ain. Jika kita mendalami akan ilmu usulluddin ini kita akan mengetahui bahawa wajib nadzari ini adalah hukumnya fardhu ain.
MUSTAHIL AKAL
Mustahil akal juga terbahagi kepada dua bahagian, iaitu mustahil dhururi dan mustahil nadzari.
1. mustahil dhururi ini sama maksudnya dengan wajib dhururi, iaitu sesuatu pekara itu tidak memerlukan fikir akal yang mendalam. Mudah faham, sebagai contoh. Tidak diterima pada akal sesuatu bagunan yang tersergam indah itu boleh terjadi dengan sendiri nya. Mesti ada yang mendirikannya.
2.mustahil nadzari. Membawa maksud sesuatu perkara itu memerlukan fikir akal dan dalil nakli (quran dan hadis ) untuk memutuskannya yang mana perkara tersebut tidak boleh diterima akal sama sekali. Sebagaimana Allah itu sifatNya dari tiada kepada ada. Perkara ini adalah mustahil pada akal.
HARUS AKAL
Harus akal ini bermaksud , sesuatu perkara itu diputuskan kemungkinan atau kebarangkalian yang ianya boleh terjadi atau tidak. Harus akal ini terjadi dengan qudrat dan iradat Allah semata –mata. Sebagai contoh harus bagi Allah taala itu memasukkan orang yang melakukan kebaikan kedalam neraka dan orang yang melakukan kejahatan kedalam syurga. Walau bagaimana pun segala hukum akal ini akan terbatal jika terdapat wahyu. Bermakna quran adalah setinggi -tinggi hukum yang mana setiap manusia yang beriman dengannya wajib patuh kepada hukum syarak ini.
Kita lihat contoh bagaimana hukum akal terbatal dengan adanya wahyu. Harus bagi Allah taala itu memasukan seseorang yang membuat kebaikan kedalam neraka. Dan orang yang membuat kejahatan itu kedalam syurga. Dengan sifat kekuasaan Allah yang mutlak tidaklah siapa pun dapat mempertikaikan akan ketentuan Allah. Setelah dilihat pada dalil dari al quran surah Al Zalzalah ayat (7) فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْراً يَرَهُ dan (8) وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرّاً يَرَهُ
Bermaksud setiap amal kebaikan itu akan dihisab walau pun seberat zarah begitu juga amalan kejahatan itu akan dihisab walau pun seberat zarah.
Dan lagi firman Allah didalam surah At Thin ayat ( 8) أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bermaksud : “sesungguhnya Allah taala itu seadil –adil hakim yang menghukum”
maka terbatallah hukum harus itu. Kerana hukum harus itu terletak pada dalil akal. Tidaklah boleh dalil akal itu melebihi akan wahyu Allah. Begitulah dalil nakli (quran dan hadis ) dan dalil akal (akli ) digunakan didalam ilmu tauhid ini bagi mengenal sifat –sifat kamalat (kesempurnaan ) Allah swt itu.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
http://www.facebook.com/pages/Macam-Macam-Ada/201031979913264?sk=app_5058438087